Sunday, April 4, 2010

Aktiviti



























Logo


Silat Seni Warisan Laksamana ditubuhkan di atas permintaan dari anak-anak remaja yang mencintai seni silat di bumi Putrajaya. Ustaz Roslan bin Mustafa yang mewarisi permainan silat dari guru-guru tua memenuhi permintaan ini dan menurunkan ilmu yang dimiliki olehnya kepada remaja tersebut. Alhamdulillah, kini Silat Seni Warisan Laksamana diterima secara baik dan perkembangan keahlian sangat menggalakkan. Permainan yang diturunkan kepada para remaja tersebut diajar dengan tanpa selindung dan sembunyi. Keunikan permainan lama yang merangkumi senam silat, jurus silat, tari sembah, tari harimau, tari helang, tari laksamana dan tari penutup serta buah pukul dan buah kunci amat menarik minat para remaja. Selain itu, asas belebat, langkah dan latihan-latihan kecergasan serta ketangkasan amat diambil berat. Apa yang penting bagi pewaris silat ini terbentuknya jiwa seorang pesilat di dalam sanubari para remaja khususnya di Putrajaya sehebat jiwa laksamana di zaman dahulu kala. " Semangat Laksamana Digenggam, Jiwa Agama Menjadi Tunjang ".