Monday, June 14, 2010

Info
Selain latihan silat, Silat Seni Warisan Laksamana juga turut disertakan dengan latihan pernafasan Asmaul-Husna.

Tahap Bengkong Silat Seni Warisan Laksamana

1. Putih - Anak Gelanggang
2. Putih Calit Hijau I - Anak Warisan Seni.
3. Hijau - Anak Warisan Silat.
4. Hijau Calit Merah I - Anak Warisan Seni Silat.
5. Hijau Calit Merah II - Pesilat
6. Merah - Jurulatih.
7. Merah Calit Hitam I + BaJu Warisan (Merah) - Guru Latih / Pendekar.
8. Merah Calit Hitam II + Baju Warisan (Merah) - Guru Latih Kanan.
9. Merah Calit Hitam III + Baju Warisan (Merah)- Penolong Guru Utama.
10. Hitam Calit Emas + Baju Warisan (Hitam Line Songket) - Timbalan Guru Utama.
11. Hitam Belang Emas + Baju Warisan (Hitam Line Songket)- Guru Utama / Pengasas.

Thursday, May 27, 2010

Persembahan Silat Seni Warisan Laksamana

Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil oleh jurukamera professional, abang hamyus :p thank you! Gambar ini diambil semasa Persembahan Silat yang diadakan di SMK Putrajaya Presint 9 (2) sempena Hari Sukan Sekolah mereka, :)











































Selepas persembahan :







video akan disertakan :)

Sunday, April 4, 2010

Aktiviti



























Logo


Silat Seni Warisan Laksamana ditubuhkan di atas permintaan dari anak-anak remaja yang mencintai seni silat di bumi Putrajaya. Ustaz Roslan bin Mustafa yang mewarisi permainan silat dari guru-guru tua memenuhi permintaan ini dan menurunkan ilmu yang dimiliki olehnya kepada remaja tersebut. Alhamdulillah, kini Silat Seni Warisan Laksamana diterima secara baik dan perkembangan keahlian sangat menggalakkan. Permainan yang diturunkan kepada para remaja tersebut diajar dengan tanpa selindung dan sembunyi. Keunikan permainan lama yang merangkumi senam silat, jurus silat, tari sembah, tari harimau, tari helang, tari laksamana dan tari penutup serta buah pukul dan buah kunci amat menarik minat para remaja. Selain itu, asas belebat, langkah dan latihan-latihan kecergasan serta ketangkasan amat diambil berat. Apa yang penting bagi pewaris silat ini terbentuknya jiwa seorang pesilat di dalam sanubari para remaja khususnya di Putrajaya sehebat jiwa laksamana di zaman dahulu kala. " Semangat Laksamana Digenggam, Jiwa Agama Menjadi Tunjang ".